BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 18, 2011

sesuci kasih azra musfira Ep 5

hatiku berbisik sambil alunan zikrullah terus menyapa dalam sanubariku....
haruskah aku menceritakan perkara yang sebenar kepada adikku...
namun demi kebahagian suamiku tercinta dan adikku tersayang,ku terus rahsiakan apa yang sebenarnya berlaku pada diriku....
ya,masaku semakin suntuk..
kini tibalah saat-saat ku untuk melahir anak kami...
kira-kira jam 11 pagi dirumah,aku keseorangan...
tiba-tiba perutku rasa begitu sakit...
aku tahu sudah tiba saatnya untuk aku melahirkan...
dan pertarungan mautku akan bermula...
aku terus menggagahkan diriku untuk menelefon suamiku dan memberitahu keadaanku,namun aku benar-benar tidak berdaya...
alhamdullilah,ALLAH masih menolong aku,jiran ku datang untuk menghantar sedikit makanan dan die melihat keadaanku yang tidak bermaya terus membawa ku ke hospital...
setibanya di hospital,aku terus dibawa masuk ke dalam bilik pembedahan kerana aku sudah tidak sedarkan diri..
jiranku terus menelefon suamiku khailis untuk memberitahu tentang keadaanku dan memaklumkan kepada keluargaku...
apakah yang akan berlaku pada diriku???
adakah aku sempat melihat pengikat cinta ku dengan suami???
atau aku akan pergi meninggalkan dunia yang fana ini???

Tuesday, December 28, 2010

sesuci kasih azra musfira Ep 4

ya,masa ku makin suntuk...
kandungan ku makin membesar...
aku dapat rasakan yang masa ku makin hampir...
pagi itu aku pergi ke pejabat khailis,amira fazliana juga bekerja disitu...
tujuan utama aku ke sana adalah untuk berjumpa dengan amira...
aku menyampaikan amant terakhir ku kepada amira supaya jika sesuatu yang terjadi pada diriku,amira yang akan menjaga anakku...
jika perlu,amira akan menjadi isteri khailis...
amira begitu terkejut dengan kata-kataku...
amira menangis dan memujukku supaya menceritakan keadaanku yang sebenar...
aku memberitahu kepadanya bahawa tiada apa-apa yang berlaku kepada diriku...
tetapi amira tidak percaya...
apakah aku harus menceritakan keadaan sebenar???

Thursday, December 9, 2010

sesuci kasih azra musfira Ep3

apa yang ku jangkakan kini telah pun berlaku.....
aku tidak mampu untuk lari dari khailis lagi...
demi memenuhi permintaan adikku amira,aku bersetuju menerima lamaran khailis untuk menjadi zaujahnya......
hari yang dinantikan ku kini telah pun berlangsung,aku telah selamat diijabkabulkan dengan khailis...
kini sahlah aku bergelar isteri kepada seorang lelaki yang bergelar suami...
tidak tergambar betapa gembiranya aku pada saat ini,namun aku mengerti tentang perasaan adikku...
pastinya dia terluka dengan apa yang telah berlaku...
namun demi ku,dia melakukan pengorbanan jua...
walaupun,kami sudah sah bergelar suami isteri,namun ku tahu jauh disudut hati suamiku masih ada amira fazliana dalam hatinya...
tidak ku nafikan,sememangnya ku kecewa kerana dalam hati khailis masih ada wanita lain walaupun kini ku telah bergelar isterinya...
namun ku tahu pastinya ada hikmah disebalik semua kejadian ini...
ummi menasihatkan ku supaya tiada prasangka buruk terhadap suamiku,kerana kini khailis farhan telah sah bergelar suamiku...
setelah empat bulan kami melayari bahtera perkahwianan,aku telah disahkan hamil dua bulan...
tidak dapat ku gambarkan betapa gembiranya aku pada tika ini....
namun ALLAH MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik untukku...
pada waktu ku telah dikhabarkan berita mengenai kehamilanku daripada doktor pada masa yang sama aku juga telah diberitakan bahawa aku menghidapi leukemia...
hancur luluh hatiku setelah mendengar berita ini...
tapi aku tetap gembira kerana aku diberikan peluang untuk melahirkan benih cinta ku kepada suamiku tercinta....
doktor menasihatkanku supaya mengugurkan kandunganku demi keselamatan,namu ku tetap berkeras untuk meneruskan kandungan ini...
malahan aku telah membuat permintaan dengan doktor supaya merahsiakan hal ini dari pengetahuan keluarga terutamnya suamiku khailis.....
setelah tiba dirumah,ku mengkhabarkan berita ini kepada suamiku,betapa gembiranya dia setelah diberitakan bahawa dia bakal bergelar seorang ayah tidak lama lagi...
ku telah menerima satu kucupan didahi oleh suamiku,betapa bahagiannya aku......
namun,ku harus mengakui masa ku sudah semakin suntuk...

Sunday, December 5, 2010

sesuci kasih azra musfira Ep 2

aku sendiri tidak mengerti apa yang telah berlaku... aku masih menyintai khailis farhan,namun apa yang harus ku lakukan sedangkan adik kesayanganku juga turut merasakan perasaan yang sama terhadap khailis...
khailis tahu bahawa aku masih menyintai dari dulu hingga kini,namun dia juga terikat kerana dia juga turut merasakan perasaan yang sama terhadap adikku...
pada masa yang sama dia juga merasa ada perasaan cinta dalam hatinya untukku...
aku telah meluahkan segala-galanya kepada ummiku....
ummi ku menyuruh ku supaya melakukan solat istiqarah supaya aku tidak tersalah pilih pasangan untukku...
ummi berpesan carilah lelaki yang bukan sahaja menjadi nakhoda dalam keluarga malahan mampu menjadi imam dalam keluarga... carilah seorang ADAM yang mampu menjadi walid yang terbaik kepada putera-puterimu kelak azra.... bukan hanya lelaki untuk menjadi suamimu... begitulah pesanan ummi kepada puteri sulungnya...
aku menurut kata-kata ummi,aku melakukan solat istiqarah untuk mencari muhasabah cintaku...
aku yakin petunjuk dari ALLAH adalah jalan yang paling baik untukku...
memang tidak dapat ku nafikan khailis farhan yang diciptakan untukku...
namun aku tidak tegar untuk melukakan hati adikku...
aku tahu dalam hati khailis juga ada amira,namun aku tidak sanggup untuk bermadu dengan adikku sendiri...
aku harus mengundurkan diri dari pertemuan cinta tiga segi ini...
selama ini aku yang mampu berterus terang tentang apa jua kepada adikku,kini tidak mampu untuk berterus terang tentang perasaan ku kepada khailis kerana adikku...
hari yang dinantikan amira kini tiba,amira akan bergelar isteri kepada khailis,aku tidak mampu menyaksikan pernikahan ini berlangsung...
aku mengambil keputusan untuk kembali semula ke korea dengan alasan aku ingin menimba pengalaman disana sedangkan aku cuba lari dari melihat orang yang aku cintai menjadi milik orang lain...
ummi mengerti apa yang aku alami,malahan ummi menyuruh ku mencari ketenangan dengan sebaik yang mungkin...
namun,rancagan ku gagal jua apabila amira menjumpai diariku...
diariku merupakan temanku yang setia denganku...
tercatat segalanya mengenai isi hatiku....
akhirnya amira mengetahui siapa jejaka yang aku maksudkan selama ini kepada dia...
aku telah pun tiba di KLIA,ummi telah menelefonku dan memberi tahu bahawa amira telah mengetahui segala-galanya apa yang telah berlaku diantara aku dengan khailis farhan...
amira telah datang ke KLIA dengan khailis dan memujuk ku supaya membatalkan niatku untuk kembali semula ke korea...
disaat itu jua khailis telah melamar ku untuk menjadi isterinya...
aku tidak mampu untuk melanggar prinsip ku untuk bermadu dengan adiiku,namun khailis tetap berkeras supaya ku terima lamarannya kerana dia juga turut menyintaiku sebagaimana dia menyintai amira fazliana...

aku tetap berkeras jua dengan prinsip ku,malahan aku telah meminta kepadanya untuk membuat pilihan samaada aku atau amira yang menjadi pilihannya...
khailis tidak mampu membuat pilihan kerana dia menyintai dan menyayangi kami berdua...
aku tidak mampu untuk harungi jika aku harus bermadu dengan adikku...
aku tahu amira turut mengalami perasaan yang sama denganku,tetapi dia hanya mendiamkan diri disaat kami berdua hangat membahaskan prinsip dan hak antara aku dan amira...
kenapa lelaki terlalu egois???
kenapa mesti khailis mahukan kedua-duanya???
aku rela mengundurkan diri demi kebahagiaan adikku dengan khailis,namun khailis tetap berkeras tidak mahu melepaskanku...'
apa yang harus ku lakukan???
"YA  ALLAH,apa yang harus hamba lakukan???
kenapa harus ada pilihan dalam hidupku???
siapa yang harus ku pilih???
seorang lelaki yang bertakhta dalam hatiku atau satu-satunya adik yang ku miliki???
berilah hamba petunjukMU YA ALLAH..."

Tuesday, November 30, 2010

sesuci kasih azra musfira

termenung ku sendiri memerhatikan gelagat manusia yang tidak pernah lekang dengan kesibukkan mereka di bandar kota metropolitan yang pesat ini.
siapakah diriku.???
aku adalah seorang wanita yang biasa shja yang megharap kasih dan cinta..
namun akhirnya ku tertewas dalam perjuangan antara cinta lelaki dan kasih sayang kepada seorang adik.
azra musfira itulah nama yang diberikan oleh walid dan ummi kepada ku.....
siapa pula walid dan ummi ku???
antara manusia yang paling aku hormati dan ku sanjungi....
walid ku merupakan seorang pensyarah di sebuah universiti terkemuka di kota metropolitan ini...
setiap kali ku kesana pasti tidak akan terlepas daripada mendapat pujian tentang ketokohan beliau.
profesor dr ahmad izzudin bin ahmad khalid itulah nama walid kesayangan ku.....
bagaimana pula tentang ummi ku tercinta???
kecantikkannnya tiada tolok bandingnya..
kelembutan dan kebaikkannya begitu menyerlah...
seorang wanita yang taat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai hamba ALLAH......
seorang isteri yang setia dalam perjuangan suaminya.
seorang ummi yang begitu memahami kemahuan puteri-puterinya.
secantik nama isteri baginda RasullulahI(SAW),aisya humaira itulah nama ummi kesayanganku.....
namun tidak terlupa kepada adik kesayanganku,amira fazliana......
orangnya yang begitu manja sehinggakan aku sendiri kadang-kadang tersenyum sendiri melihat gelagat adikku...

setelah hampir 4tahun ku berada di luar negara,akhirnya ku pulang jua ke tanah air..
setibanya ku diKLIA,aku disambut mesra oleh ahli keluargaku..
alhamdullilah,akhirnya impainku untuk menamatkan master ku di universiti of shinwha,di seoul korea termakbul jua...
ku tertanya-tanya kenapa adikku tidak kelihatan tika mereka semua rancak menyambut kepulangan ku...
ku bertanyakan kepada ummi,ummi menjawab amira ada di kampus kerana masih ada kuliah...
ku nekad untuk memeberikan kejutan kepadanya dan ku memohon keizinan daripada walid dan ummi untuk menjemput adikku pulang...


setiba dikampusnya,aku sudag tidak dapt membendungkan rasa rinduku terhadap amira fazliana. ketika ku melanjutkan pengajian ku ke korea,adikku berusia 18 tahun...
sekarang umurnya sudah menjangkau usia 22 tahun...
bezanya aku hanya 2 tahun.......
aku melihat sekitar kwasan kampusnya,cantik sungguh pemandangan disini....
aku begitu takjub dengan keindahan ciptaan Ilahi...
ketika ku berjalan secara tiba-tiba ku terlanggar seseorang yang amat ku kenali.....
ya,itu adalah dia....
jejaka yang amat ku kenali ketika belajar di sekolah ku dulu...
seorang jejaka yang sentiasa menjadi dambaan wanita...
itulah dia khailis farhan...
kami sama-sama terkejut kerana kami ditemukan kembali setelah 6 tahun kami tidak berjumpa...
dia masih sama seperti dahulu,orangnya yang sentiasa kemas dan tampan berjaya menarik minat sesiapa sahaja ynag memandang termasuk diriku...
namun ku harus akui,dirku tidak pantas untuk mendampingi dirinya...
ketika pertemuan yang tidak kujangkakan berlaku itu,tiba-tiba muncullah adik kesayanganku...
ku begitu gembira,malahan ku tidak mampu untuk mengeluarkan kata-kata...
kami saling berpelukan antara satu sama lain sehingga menyebabkan khailis terpegun dan tertanya-tanya dengan gelagat kami berdua........kemudian adikku memperkenalkan khailis farhan sebagai bakal tunangnya....
hal itu amat mengejutkanku... apakah sebenarnya yang berlaku???

Monday, November 29, 2010

Salam Perkenalan :)

     Assalamualaikum saya ucapkan pade semua ,disini ingin saya nyatakan bahawa saya masih baruu dilaman sosial(blogger).Akhirnye dapat juga mnyiapkan blog ini stelah mngadap lappy sayaa hampir sejam ,Saya tahuu blogsempot saya tak secantik awak tapii saya bakal mengepostkan ceritacerita yg menarik yg ade nkena mengena dengan hidup saya atau sebaliknye .Saya mngharap anda dapat follow blog saya .Dengan ini saya QALLESYA MUSFIRA sudah mempunyai blogger sendirii .                                                        
Sekian Terima Kasihh :)