apa yang ku jangkakan kini telah pun berlaku.....
aku tidak mampu untuk lari dari khailis lagi...
demi memenuhi permintaan adikku amira,aku bersetuju menerima lamaran khailis untuk menjadi zaujahnya......
hari yang dinantikan ku kini telah pun berlangsung,aku telah selamat diijabkabulkan dengan khailis...
kini sahlah aku bergelar isteri kepada seorang lelaki yang bergelar suami...
tidak tergambar betapa gembiranya aku pada saat ini,namun aku mengerti tentang perasaan adikku...
pastinya dia terluka dengan apa yang telah berlaku...
namun demi ku,dia melakukan pengorbanan jua...
walaupun,kami sudah sah bergelar suami isteri,namun ku tahu jauh disudut hati suamiku masih ada amira fazliana dalam hatinya...
tidak ku nafikan,sememangnya ku kecewa kerana dalam hati khailis masih ada wanita lain walaupun kini ku telah bergelar isterinya...
namun ku tahu pastinya ada hikmah disebalik semua kejadian ini...
ummi menasihatkan ku supaya tiada prasangka buruk terhadap suamiku,kerana kini khailis farhan telah sah bergelar suamiku...
setelah empat bulan kami melayari bahtera perkahwianan,aku telah disahkan hamil dua bulan...
tidak dapat ku gambarkan betapa gembiranya aku pada tika ini....
namun ALLAH MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik untukku...
pada waktu ku telah dikhabarkan berita mengenai kehamilanku daripada doktor pada masa yang sama aku juga telah diberitakan bahawa aku menghidapi leukemia...
hancur luluh hatiku setelah mendengar berita ini...
tapi aku tetap gembira kerana aku diberikan peluang untuk melahirkan benih cinta ku kepada suamiku tercinta....
doktor menasihatkanku supaya mengugurkan kandunganku demi keselamatan,namu ku tetap berkeras untuk meneruskan kandungan ini...
malahan aku telah membuat permintaan dengan doktor supaya merahsiakan hal ini dari pengetahuan keluarga terutamnya suamiku khailis.....
setelah tiba dirumah,ku mengkhabarkan berita ini kepada suamiku,betapa gembiranya dia setelah diberitakan bahawa dia bakal bergelar seorang ayah tidak lama lagi...
ku telah menerima satu kucupan didahi oleh suamiku,betapa bahagiannya aku......
namun,ku harus mengakui masa ku sudah semakin suntuk...
Thursday, December 9, 2010
sesuci kasih azra musfira Ep3
Posted by Musfira at 7:08 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment