BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, December 5, 2010

sesuci kasih azra musfira Ep 2

aku sendiri tidak mengerti apa yang telah berlaku... aku masih menyintai khailis farhan,namun apa yang harus ku lakukan sedangkan adik kesayanganku juga turut merasakan perasaan yang sama terhadap khailis...
khailis tahu bahawa aku masih menyintai dari dulu hingga kini,namun dia juga terikat kerana dia juga turut merasakan perasaan yang sama terhadap adikku...
pada masa yang sama dia juga merasa ada perasaan cinta dalam hatinya untukku...
aku telah meluahkan segala-galanya kepada ummiku....
ummi ku menyuruh ku supaya melakukan solat istiqarah supaya aku tidak tersalah pilih pasangan untukku...
ummi berpesan carilah lelaki yang bukan sahaja menjadi nakhoda dalam keluarga malahan mampu menjadi imam dalam keluarga... carilah seorang ADAM yang mampu menjadi walid yang terbaik kepada putera-puterimu kelak azra.... bukan hanya lelaki untuk menjadi suamimu... begitulah pesanan ummi kepada puteri sulungnya...
aku menurut kata-kata ummi,aku melakukan solat istiqarah untuk mencari muhasabah cintaku...
aku yakin petunjuk dari ALLAH adalah jalan yang paling baik untukku...
memang tidak dapat ku nafikan khailis farhan yang diciptakan untukku...
namun aku tidak tegar untuk melukakan hati adikku...
aku tahu dalam hati khailis juga ada amira,namun aku tidak sanggup untuk bermadu dengan adikku sendiri...
aku harus mengundurkan diri dari pertemuan cinta tiga segi ini...
selama ini aku yang mampu berterus terang tentang apa jua kepada adikku,kini tidak mampu untuk berterus terang tentang perasaan ku kepada khailis kerana adikku...
hari yang dinantikan amira kini tiba,amira akan bergelar isteri kepada khailis,aku tidak mampu menyaksikan pernikahan ini berlangsung...
aku mengambil keputusan untuk kembali semula ke korea dengan alasan aku ingin menimba pengalaman disana sedangkan aku cuba lari dari melihat orang yang aku cintai menjadi milik orang lain...
ummi mengerti apa yang aku alami,malahan ummi menyuruh ku mencari ketenangan dengan sebaik yang mungkin...
namun,rancagan ku gagal jua apabila amira menjumpai diariku...
diariku merupakan temanku yang setia denganku...
tercatat segalanya mengenai isi hatiku....
akhirnya amira mengetahui siapa jejaka yang aku maksudkan selama ini kepada dia...
aku telah pun tiba di KLIA,ummi telah menelefonku dan memberi tahu bahawa amira telah mengetahui segala-galanya apa yang telah berlaku diantara aku dengan khailis farhan...
amira telah datang ke KLIA dengan khailis dan memujuk ku supaya membatalkan niatku untuk kembali semula ke korea...
disaat itu jua khailis telah melamar ku untuk menjadi isterinya...
aku tidak mampu untuk melanggar prinsip ku untuk bermadu dengan adiiku,namun khailis tetap berkeras supaya ku terima lamarannya kerana dia juga turut menyintaiku sebagaimana dia menyintai amira fazliana...

aku tetap berkeras jua dengan prinsip ku,malahan aku telah meminta kepadanya untuk membuat pilihan samaada aku atau amira yang menjadi pilihannya...
khailis tidak mampu membuat pilihan kerana dia menyintai dan menyayangi kami berdua...
aku tidak mampu untuk harungi jika aku harus bermadu dengan adikku...
aku tahu amira turut mengalami perasaan yang sama denganku,tetapi dia hanya mendiamkan diri disaat kami berdua hangat membahaskan prinsip dan hak antara aku dan amira...
kenapa lelaki terlalu egois???
kenapa mesti khailis mahukan kedua-duanya???
aku rela mengundurkan diri demi kebahagiaan adikku dengan khailis,namun khailis tetap berkeras tidak mahu melepaskanku...'
apa yang harus ku lakukan???
"YA  ALLAH,apa yang harus hamba lakukan???
kenapa harus ada pilihan dalam hidupku???
siapa yang harus ku pilih???
seorang lelaki yang bertakhta dalam hatiku atau satu-satunya adik yang ku miliki???
berilah hamba petunjukMU YA ALLAH..."

0 comments: